Ahad, 13 Julai 2014

Fidyah Puasa Untuk Orang Yang Meninggal Dunia - U…: http://youtu.be/gLshy9dSVLk

Khamis, 10 Oktober 2013

Takziah untuk keluarga Ustaz Fitri

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kakitersepitbawahtayar/Article/index_html

Takziah untuk keluarga Ustaz Fitri

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kakitersepitbawahtayar/Article/index_html

Isnin, 15 Julai 2013

Program Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah Kebangsaan Penarek Setiu Tahun 2013.

     Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Sek.Keb.Penarek telah mengadakan pelbagai program Ihya Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Program ini melibatkan semua warga SKP.
     Pada waktu rehat jam 10.15 pg -10.45 pg, semua guru akan mndgr tazkirah yg disampaikan secara bergilir oleh warga SKP. Banyak ilmu dan prkongsian minda yg dpt saya pelajari dlm majlis ilmu ini.
     Bagi murid2 pula, jam 7.30 pg -7.45 pg, murid dibhgikn kpd 2 kump iaitu kump khatam Al-Quran dan kump mghafaz Ayat2 Lazim. Pd jam 10.15-10.45 pg pula,  murid2 ini akan terlibat dlm program khatam Al-Quran & mendgr kisah2 nabi dan teladan.
     Ustazah harap program ini dpt diteruskn dgn lbh baik lagi di masa hadapan dan mmberi banyak manfaat kpd kita semua.
    

Jumaat, 26 April 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SETIU 2013

     Bulan April semakin menghampiri penghujungnya. Begitu banyak aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang perlu dilibatkan. Salah satunya Majlis Tilawah Al-Quran Dan Festival Nasyid yang telah berlangsung baru-baru ini. Peringkat Zon Setiu Utara di SK.Kuala Setiu, Peringkat Daerah Setiu bertempat di SK.Pelong dan Peringkat Negeri Terengganu di SMK.Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Ketiga-ketiga peringkat tersebut saya terlibat dan menjadi hakim.
     Banyak pengalaman yang dapat saya kutip semasa menjalankan tugas sebagai hakim. Pengalaman yang paling mencabar sepanjang aktiviti MTQ ini adalah untuk menguruskan perjalanan MTQ peringkat Zon Setiu Utara. Saya selaku Setiausaha MTQ Zon Setiu Utara mesti memastikan perjalanan keseluruhan MTQ dapat berjalan dengan lancar. Saya terpaksa menghubungi setiap hakim yang dilantik dari luar Zon Setiu Utara terutama dalam acara Bercerita Kisah Al-Quran dan Festival Nasyid ini bagi memastikan kehadiran mereka. Di sini saya banyak belajar cara mengendali dan mengurus sesuatu majlis. Berpeluh jugak dengan karenah individu-individu tertentu atau yang dah veteren ini. Pandangan kami orang muda selalu dipandang sepi dan sebelah mata, mungkin mereka beranggapan siapa yang makan garam dahulu. Sekarang zaman teknologi kita mesti cekap dan pantas dalam mendapatkan info-info terkini. 

Isnin, 1 April 2013

Sesi Persekolahan Telah Bermula

     Cuti pertengahan penggal pertama telah pun berlalu. Bagi anak-anak yang pulang ke asrama sudah tentu ada hati yang tertinggal kat rumah. Jasad sahaja yang ada kat sekolah tapi minda tu masih kat rumah. Bagi anak ibu yang telah ibu dan papa hantar ke asrama tu harap dapat menjalani kehidupan pada hari persekolahan dengan lebih bersemangat lagi. Untuk kedua-dua anak ibu yang berada di asrama tu harap semuanya ok.
     Kawan-kawan guruku, teruskan perjuangan anda. Sekarang musim MTQ dan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Buat anak muridku, study smart dan jangan tinggal Solat. Solat itu tiang agama.

Rabu, 27 Mac 2013

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA TINGGAL LAGI 2 HARI

      Assalamualaikum, cepatnya masa berlalu.. Pejam celik dah nak buka sekolah maknanya cuti dah nak habis. Anak-anak , kerja sekolah dah siap lum? Sebelum sesi persekolahan dibuka, harap segala peralatan sekolah dan dokumen-dokumen yang sepatutnya di bawa ke asrama atau pun ke sekolah disimpan dengan baik. 

       Bagi guru-guru pula, cuti sekolah bukannya berehat tapi cuti masuk kelas dan urusan-urusan sekolah tetap dilakukan samada di rumah mahupun di sekolah. Ada rakan-rakan guru yang berulang-alik ke sekolah dalam waktu cuti ini untuk menghias kelas mereka.. Banyak betul pengorbanan guru tersebut. Semoga Allah memberkati kalian..Amin..